suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mayat Rentung Dalam Kereta Dipercayai Dibunuh

KUALA LUMPUR:  Mayat seorang individu tanpa identiti ditemui rentung di dalam but sebuah kereta yang terbakar di Taman Bukit Rawang Jaya, Rawang, dekat sini, Rabu.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Negeri Selangor Sani Harul berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 6.38 pagi tadi.

"Kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback yang terbakar sepenuhnya.

Di bahagian but kereta didapati terdapat mayat yang telah rentung," katanya ketika dihubungi.

Difahamkan mangsa dipercayai dibunuh dan polis sedang menjalankan siasatan.

Bunuh, Mayat Rentung

Artikel Lain