suria

Bersih Anjur Himpunan Bermalam Di Dataran Merdeka

PETALING JAYA: Dataran Merdeka akan menjadi tapak perhimpunan Bersih yang akan datang, yang dijadualkan berlangsung selama 34 jam.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, kumpulan itu berkata bahawa Bersih 4.0 akan bermula pada pukul 2 petang 29 Ogos dan berakhir pada jam 11.59 malam, 30 Ogos.

"Kami telah membuat keputusan untuk berkhemah semalaman di Dataran Merdeka bagi menuntut pilihan raya yang bersih, kerajaan bebas rasuah, hak untuk membantah, mengukuhkan demokrasi parlimen dan menyelamatkan ekonomi.


"Kami menjemput semua rakyat Malaysia untuk menyertai kami dalam perhimpunan yang tidak seperti perhimpunan lain dalam sejarah," katanya.

Peserta digalakkan membawa peralatan perkhemahan, beg tidur dan peralatan lain yang diperlukan untuk bermalam di tengah bandar," katanya, Selasa.

Bersih 2.0 juga berkata bahawa pegawai-pegawai polis dan bandar telah dimaklumkan mengenai perhimpunan itu.

Mereka juga menyatakan bahawa mereka bersedia untuk membincangkan tentang perhimpunan tersebut dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bagi memastikan keselamatan orang awam dan aliran trafik tidak terjejas.

"Orang ramai dinasihatkan supaya berkumpul di lima tempat sebelum berpindah ke Dataran Merdeka: Brickfields, Pasar Seni, Sogo, Masjid Negara dan Dataran Maybank," katanya.
Bersih 4.0, Dataran Merdeka

Artikel Lain