suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

DAP Gesa Kabinet Umum Pengerusi Baharu PAC Rabu Ini

GEORGE TOWN: Kabinet perlu melantik pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang baharu dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu ini.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang turut menggesa Kabinet mengumumkan calon baharu dan mengadakan sidang Parlimen khas untuk Dewan Rakyat melantik calon berkenaan.

"Kami meminta Kabinet untuk segera menamakan seorang calon kepada Dewan Rakyat supaya pengerusi PAC yang baru boleh meneruskan mesyuarat dan siasatan ke atas 1MDB," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat DAP Pulau Pinang di sini pada Isnin.

Kit Siang menambah, Naib Pengerusi PAC, Dr Tan Seng Giaw akan  menjadi wakil DAP.

Ditanya mengenai calon sesuai daripada Barisan Nasional (BN) untuk dilantik sebagai pengerusi PAC, beliau menamakan  Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal dan bekas Menteri Kewangan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah.

DAP, 1MDB

Artikel Sebelum

Artikel Lain