suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kedi Golf Didakwa Bunuh Budak 7 tahun

KUALA LUMPUR: Seorang kedi golf didakwa di Mahkamah Majistret Ampang di sini pada Isnin atas pertuduhan membunuh anak saudara teman wanitanya, minggu lepas.

Zakaria Kamarudin, 41, didakwa membunuh Mohamad Adam Haikal Dasril Abdullah, 7, di sebuah unit rumah pangsa Taman Kosas, di sini antara 10 malam, 2 Ogos sehingga 6 pagi 3 Ogos lepas, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Farah Hazwani Osman.

Mahkamah menetapkan 10 Sept depan untuk sebutan laporan forensik, patologi serta laporan lain bagi kes itu.

Zakaria tidak diwakili peguam manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Israkh Saad.

Golf, Kedi

Artikel Lain