Dua Paraglider Maut Tersangkut Di Gunung Jerai - Semasa | mStar

Dua Paraglider Maut Tersangkut Di Gunung Jerai

Pasukan Bomba dan Penyelamat membawa mayat dua orang paraglider keluar melalui hutan selepas kedua-duanya terjatuh akibat angin kencang ketika melakukan luncur udara di puncak Gunung Jerai, Ahad. Foto: Bernama

GURUN: Dua orang paraglider maut selepas payung terjun mereka tersangkut pada pokok di tebing curam ketika melakukan luncur udara di puncak Gunung Jerai di sini tengah hari Ahad.

Mangsa dikenali sebagai Mohd Hazlan Ismail, 32, dan Liang Chong Kee, 52.

Mohd Hazlan yang merupakan anggota polis di Balai Polis Simpang Empat, Perlis adalah tenaga pengajar paragliding di Kelab Luncur Udara Indra Kayangan manakala Liang merupakan sub kontraktor syarikat swasta.   

Saksi berkata payang terjun yang dinaiki mangsa kelihatan tidak stabil disebabkan keadaan angin kencang sebelum mereka terjatuh pada tebing curam.   

Katanya kedua-dua peluncur itu merupakan yang terakhir berlepas selepas enam peluncur lain terjun dengan selamat.      

Penolong Pengarah Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kedah, Nazri Zakaria berkata pihaknya mendapati mangsa tersangkut pada pokok di tebing curam kira-kira empat kilometer dari puncak gunung dan diturunkan oleh anggota bomba pada ketinggian tebing kira-kira 50 meter.     

Katanya mayat kedua-duanya kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar.

Paraglider maut

Artikel Berikut

Klik

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain

Vardy catat rekod gol luar biasa EPL