suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Tumpu Maklumat Bocor Bukan SPRM - Ahmad Zahid

Ahmad Zahid Hamidi.

PUTRAJAYA: Polis hanya menyiasat kebocoran maklumat siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan bukan hanya tertumpu terhadap pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Mereka menyiasat kebocoran maklumat dan didokumen yang tersebar di media sosial.

"Pihak berkuasa tidak mahu melihat maklumat mengenai siasatan yang sedang dijalankan bocor," kata Timbalan Perdana Menteri itu.

Dr Ahmad Zahid berkata pegawai dari agensi lain juga akan dipanggil untuk membantu siasatan itu.

"Segalanya dilakukan mengikut SOP.

"Polis tidak mensasarkan mana-mana agensi atau pegawai," katanya pada sidang media selepas menerima kunjungan hormat Menteri Luar Bangladesh, Abul Hassan Mahmood Ali.

Pada Khamis, Bukit Aman menafikan mensasarkan SPRM dan penglibatan tangan ghaib dalam siasatan polis terhadap suruhanjaya itu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, fokus pihaknya adalah berkaitan dakwaan kebocoran maklumat yang melanggar satu seksyen mengikut Akta Institusi Kewangan dan Perbankan (Bafia).

"SPRM boleh dan akan meneruskan siasatan mereka.

"Kami tidak mengganggu siasatan yang mereka jalankan," katanya kepada pemberita di Bukit Aman di sini ketika lawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Masir Anak Kujat.

Noor Rashid mengulas penahanan beberapa pegawai SPRM dan serbuan di pejabat suruhanjaya itu sejak minggu lalu.

Noor Rashid berkata, polis bukan sahaja menyiasat kebocoran maklumat berkaitan draf kertas pertuduhan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, tetapi juga maklumat berkaitan data perbankan yang menyalahi Bafia.

Beliau berkata, polis menjalankan siasatan mengikut fakta dan jika ia memberi petunjuk kepada Bank Negara atau pihak bank pihaknya akan menyiasat pihak berkenaan juga.

1MDB, Ahmad Zahid Hamidi, SPRM

Artikel Lain