suria

Dua Pengarah SPRM Dipindah Ke Jabatan Perdana Menteri Serta Merta

Bahri ditukarkan serta merta pada Jumaat.

PUTRAJAYA: Dua pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipindah ke Jabatan Perdana Menteri.

Mereka yang dipindahkan serta merta pada Jumaat ialah Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Bahari Mohammad Zin dan Pengarah Strategik Komunikasi, Datuk Rohaizad Yaakob.

Bahari antara kakitangan SPRM yang disoal-siasat oleh polis berhubung pendedahan maklumat siasatan berkenaan 1MDB,

Wartawan yang berada di Ibu Pejabat SPRM di sini memaklumkan, Bahari meninggalkan bangunan pejabatnya secara tergesa-gesa.

Beliau turut diiringi ketika keluar dari bangunan SPRM pada pukul 6.30 petang.

Pada sekitar pukul 7 petang pula Rohaizad kelihatan tergesa-gesa ke kawasan letak kereta tanpa mahu bercakap dengan wartawan.

"Terima kasih kerana datang," jawabnya ringkas sebelum memandu keluar keretanya jenis Proton Waja.

Pada 3 Ogos lalu, sepasukan polis dari Bukit Aman mengambil masa selama dua jam untuk menyoal-siasat Bahri di pejabatnya.

Sumber memberitahu The Star, Rohaizad ditukarkan kerana masalah disiplin.

Artikel Lain