suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

45 Penumpang Cedera, Bas Terbabas Ke Dalam Sungai

KOTA BARU: Seramai 45 penumpang termasuk 16 pelancong asing cedera apabila bas ekspres yang dinaiki mereka terbabas ke dalam sungai di Kampung Guchil, Batu Balai di Kuala Krai pada Jumaat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Penolong Penguasa Hanif Khalid berkata kejadian itu berlaku kira-kira pukul 4.40 pagi Jumaat ketika bas berkenaan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Baharu.

"Tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai yang diarah ke tempat kejadian selepas dimaklumkan oleh orang awam, mendapati sebuah bas terjatuh ke dalam sungai berhampiran jambatan Kampung Guchil.

"Kemalangan itu turut menyebabkan tujuh penumpang cedera parah sementara 38 mangsa lagi cedera ringan dan kesemua mereka dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk rawatan lanjut," katanya.

Beliau berkata siasatan awal mendapati bas berkenaan hilang kawalan dan melanggar jambatan sebelum terjunam ke dalam sungai itu.
bas terbabas

Artikel Lain