1MDB: Umno Cheras Mahu Pihak Beri Nasihat Kepada PM, Dipecat - Semasa | mStar

1MDB: Umno Cheras Mahu Pihak Beri Nasihat Kepada PM, Dipecat

Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menyampaikan ucapan penutup pada mesyuarat Umno Bahagian Cheras di Berjaya Hotel. -foto IZZRAFIQ ALIAS/The Star

PETALING JAYA: Umno Bahagian Cheras telah meluluskan resolusi menggesa kerajaan memecat pengurusan tertinggi 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kerana didakwa gagal dalam memberi nasihat kepada perdana menteri berhubung urusan kewangannya.

Ketuanya, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata syarikat bermasalah itu telah memberikan maklumat tidak tepat kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, sehingga ia telah dimanipulasi oleh pembangkang.

"Perdana menteri menjawab soalan di Parlimen mengenai 1MDB berdasarkan nasihat mereka. Sudah tentu mereka perlu bertanggungjawab kerana berbuat demikian," katanya.

Resolusi itu, termasuk empat yang lain, telah diluluskan sebulat suara oleh bahagian ini pada mesyuarat tahunan mereka pada Ahad.

Ia termasuk menggesa kerajaan membetulkan semua kesalahan yang dilakukan oleh pihak pengurusan 1MDB dari segi pelaburan kewangan dan dokumentasi yang disahkan.

Dan apa sahaja tindakan yang diambil, ia mestilah berdasarkan kebenaran mutlak.

Beliau berkata, mengukuhkan dan menstabilkan mata wang dan ekonomi negara yang terjejas teruk juga merupakan keutamaan.

"Kita juga perlu mendapatkan semula keyakinan rakyat, yang dahagakan jawapan daripada penyiasatan yang sedang dijalankan, supaya kita boleh menghapuskan semua dakwaan terhadap kerajaan dan parti," katanya.

Bahagian itu juga sebulat suara meluluskan usul untuk menyokong sepenuhnya kepimpinan Najib sebagai Presiden Umno dan perdana menteri serta timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Satu pasukan petugas peringkat tinggi telah ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan salah guna dana 1MDB, dengan lima orang ditahan setakat ini.

Dalam perkembangan lain, Umno Johor berkata suara akar umbi parti itu mesti didengar pada setiap masa, terutamanya kerana parti itu kini menghadapi cabaran yang besar.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sebagai parti yang terbuka, Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak akan mengeluarkan apa-apa perintah sekatan kepada sesiapa yang ingin menyuarakan pendapat mereka, lapor Bernama.

"Kita semua mempunyai pendapat kita sendiri dan mahu bersuara. Sebagai parti yang terbuka, kami tidak akan menghalang sesiapa daripada berkata apa-apa. Kami akan terus bersikap terbuka," katanya kepada pemberita di Kota Tinggi, Johor, Isnin.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain