suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Laman Sosial Kini Tempat Jual Beli Haiwan Yang Dilindungi

- Gambar fail
PETALING JAYA: Haiwan kini diperdagangkan kepada pembeli hanya melalui mesej Whatsapp di telefon pintar serta di media sosial.

Tinjauan The Star menunjukkan bahawa senarai untuk ular sawa ball python, kura-kura Indian Star dan kongkang, yang sama ada dilindungi atau terancam telah disiarkan di Facebook dan juga laman web jual-beli seperti adpost.com.my, alibaba.com dan mudah.my.

Urusniaga ini biasanya dilakukan melalui e-mel atau WhatsApp, dengan haiwan yang dibeli dipindahkan sendiri kepada pembeli atau, jika boleh, melalui PosLaju.

Biasanya, haiwan-haiwan ini terpaksa 'bertahan' dalam keadaan tidak selesa dalam perjalanan untuk tiba kepada pembeli, termasuklah yang dimasukkan ke dalam ruang yang terlalu sempit atau dibuang taring atau kukunya.

Ular sawa kecil 'ball python' boleh diperolehi pada harga serendah RM300 manakala yang betina bersaiz lebih besar dijual sekitar RM700.

Ditanya jika kura-kura India Star turut dijual, seorang penjual bertanya: "Jika pembekal saya boleh mendapatkannya tanpa lesen, adakah anda mahu?"

Soalan lanjut turut menunjukkan bahawa ramai penjual mempunyai kongkang untuk dijual pada harga kira-kira RM500.

"Tetapi secara senyap-senyaplah, jangan beritahu orang lain," kata seorang penjual.

Satu lagi kaedah yang digunakan adalah meminta 'gen' yang mana, satu kod sama ada pembeli sedang mencari baka yang dibiakkan atau binatang liar.

Selain haiwan hidup, produk lain oleh haiwan juga mudah diperolehi.

Artikel Lain