suria

Bayi 14 Bulan Dalam Kereta Yang Dicuri Ditemui Selamat

-foto Facebook Niezam Petrelli
PETALING JAYA: Kanak-kanak berusia 14 bulan yang dibawa lari bersama sebuah kereta yang dicuri berhampiran sebuah kompleks beli-belah di Subang Jaya telah ditemui.

Sebelum ditemui, bapa saudara bayi perempuan itu, Niezam Petrelli telah memaparkan di akaun Facebooknya bahawa anak saudaranya telah diculik berhampiran Subang Parade pada pukul 10 malam Sabtu.

Dia berkata, adik iparnya yang berusia 25 tahun baru sahaja meletakkan kereta isterinya di hadapan sebuah restoran apabila seorang lelaki yang tidak dikenali membawa lari kenderaannya.

Bapa bayi itu berkerja sebagai pengurus restoran.

Posting itu dikongsi bersama lebih 1,300 pengguna dalam tempoh dua jam.

Menurut sumber, pada masa kejadian itu, bapa kepada bayi itu telah meninggalkan anaknya di dalam kereta dengan enjin tidak dimatikan untuk memanggil isterinya.

Satu laporan segera dibuat dan pencarian segera dilancarkan.

Ketika dihubungi, Niezam berkata anak kecil itu telah dijumpai di kawasan rehat Bukit Jelutong kira-kira sejam selepas kejadian itu.

"Alhamdulillah, dia selamat! Kami menerima maklumat bahawa anak saudara saya ditinggalkan di RnR sebelum dibawa ke Balai Polis Bukit Jelutong.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang membantu kami mencari anak saudara saya," katanya.
curi kereta

Artikel Sebelum

Artikel Lain