suria

Rewcastle-Brown Tak Boleh Diekstradisi - Surendran

N. Surendran
PETALING JAYA: Rancangan untuk mengekstradisi Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown tidak selaras dengan undang-undang United Kingdom (UK) dan Malaysia, kata Ahli Parlimen Padang Serai N. Surendran.

Beliau berkata di bawah Akta Ekstradisi UK 2003, orang yang hendak diekstradisi mestilah melakukan perbuatan, yang juga menjadi suatu kesalahan di bawah undang-undang Inggeris.

Pada Sabtu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata bahawa kementerian akan berurusan dengan kerajaan British jika tindakan undang-undang perlu diambil terhadap Rewcastle-Brown.


Beliau berkata Bukit Aman mempunyai hubungan yang baik dengan Scotland Yard, justeru apa-apa tindakan susulan, termasuk ekstradisi, boleh dilakukan dengan lancar jika perlu.

Surendran berkata Zahid tidak dapat mengenal pasti kesalahan yang didakwa dilakukan Rewcastle-Brown di bawah undang-undang Malaysia.

Tambahnya, Zahid hanya berkata Rewcastle-Brown 'mengganggu hal ehwal Malaysia' dan bahawa dia mempunyai 'niat buruk'.

"Ini bukan kesalahan jenayah sama ada di Malaysia atau Inggeris," kata Surendran.

Artikel Lain