suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PM Dan Isteri Hadir Rumah Terbuka Pak Lah

Perdana Menteri Najib Tun Razak bersama-sama Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadiri Majlis Jamuan Hari Raya AidilFitri Bekas Perdana Menteri itu di Puspanitapuri, Ahad. -fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad menghadiri rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi di Dewan Seri Endon, Puspanitapuri di sini.

Kehadiran Najib yang ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor disambut oleh Abdullah dan isteri Tun Jeanne Abdullah.

Turut hadir di majlis berkenaan ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta lebih 5,000 tetamu yang lain.

Di majlis berkenaan, para tetamu dijamu pelbagai juadah tradisional dan moden antaranya mee kari, laksa kari, aiskrim, lemang, ketupat, rendang serta kuih-muih.
rumah terbuka Pak Lah

Artikel Lain