suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tian Chua, Ambiga Dihalang Ke Luar Negara

Tian Chua
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Batu Tian Chua dan beberapa aktivis telah dihalang oleh Jabatan Imigresen daripada meninggalkan negara ini.

"Dengan larangan perjalanan terkini, saya benar-benar terperangkap di Semenanjung Msia, telah dihalang memasuki Sabah & Sarawak, kini tidak boleh ke luar negara, malah Singapura," kata Tian Chua di Twitternya, Khamis.

Aktivis Datuk Ambiga Sreenevasan, Maria Chin Abdullah, Hishamuddin Rais dan Adam Adli Abdul Halim adalah antara mereka yang dihalang meninggalkan negara.

Ambiga berkata beliau sedang dalam perjalanan untuk membuat pemeriksaan dengan Imigresen.


Pada Rabu, larangan perjalanan dikenakan ke atas Pengarah Urusan SRC International Sdn Bhd, Nik Faisal Ariff Kamil, yang juga merupakan bekas Ketua Pegawai Pelaburan 1MDB, pemilik The Edge Media Group Datuk Tong Kooi Ong, Ahli Parlimen DAP Tony Pua dan Ahli Parlimen PKR Rafizi Ramli.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain