suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Panggil CEO The Edge Untuk Siasatan Berhubung Artikel 1MDB

Hop Kay Tat.

PETALING JAYA: Penerbit dan Ketua Pegawai Eksekutif The Edge, Ho Kay Tat dipanggil polis untuk disoal siasat berhubung artikel menerusi akhbar The Edge Financial Daily berkaitan dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) Bukit Aman, Asisten Komisioner Datin Asmawati Ahmad berkata, Ho dipanggil pada pagi Khamis.

"Beliau telah dipanggil dan mesti menghadirkan diri," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Ho disiasat kerana "aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen" di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan.

Baru-baru ini, beliau menyerahkan beberapa dokumen berkaitan dengan laporan mengenai kewangan 1MDB kepada polis dan Bank Negara.

Ho turut memberi kenyataan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) dan mengatakan bahawa The Edge memiliki dokumen yang mendedahkan tentang usahasama 1MDB dengan PetroSaudi International selepas mengadakan pertemuan dengan seseorang yang sedia untuk memberikan maklumat berhubung perkara itu awal tahun ini.

Ho Kay Tat, The Edge, 1MDB, PetroSaudi

Artikel Lain