suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

3,946 Guru Kafa, Pintar Al-Quran, Khidmat Masyarakat Terengganu Terima Bonus

Gambar Hiasan

KUALA NERUS: Sebanyak 3,946 guru Kelas Agama Fardhu Ain (Kafa), Pintar Al-Quran dan Khidmat Masyarakat menerima bonus sebanyak RM500 daripada kerajaan negeri Terengganu.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, pengagihan bonus yang julung kali dilakukan itu melibatkan kos sebanyak RM1.98 juta.

Beliau berkata ia akan dijadikan bonus tahunan dan jumlahnya akan dipertingkat dari semasa ke semasa.

"Pembayaran bonus ini membabitkan seramai 2,592 guru Kafa, 226 guru Pintar Al-Quran dan 1,128 guru Khidmat Masyarakat yang telah berkhidmat lebih daripada 10 tahun," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian bonus itu di sini, Sabtu.-- Bernama 



Kafa, Terengganu, al-Quran, bonus

Artikel Lain