suria

Remaja Maut Jatuh Motosikal

TANGKAK: Seorang remaja meninggal dunia selepas terjatuh daripada motosikal yang ditungganginya di Kilometer 37 Jalan Sagil-Parit Kassan di sini, Selasa malam.

Ketua Polis Daerah Ledang, Supt Mohd Salleh Abd Razak berkata dalam kejadian kira-kira pada pukul 7.20 malam itu, mangsa dikenali sebagai Muhammad Az-Zahris Mohd Sukri, 14, yang menunggang motosikal bersendirian dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Termil, Sagil di sini.

"Kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal yang ditunggangi mangsa hilang kawalan dan dia terjatuh.

Mangsa yang cedera pada kepala dibantu orang awam dibawa ke tepi bahu jalan sebelum di hantar ke hospital oleh ambulans tetapi mangsa disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tangkak akibat kecederaan parah pada badan dan anggota badan," katanya di sini, Rabu.

Beliau berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Kemalangan Jalan Raya

Artikel Sebelum

Artikel Lain