suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Helikopter Dinaiki Zahid Tidak Hadapi Masalah Seperti Dilapor

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR: Helikopter yang dinaiki Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang didakwa berlegar-legar di Pulau Sebatik, Kalimantan pada Ahad, tidak menghadapi masalah seperti dilaporkan oleh akhbar harian Indonesia, Kompas.

Setiausaha Akhbar menteri berkenaan, Brig Jen Datuk Fadzlette Othman Merican Idris Merican sebaliknya, berkata helikopter itu tidak mendarat dilokasi  ditetapkan disebabkan keadaan padang becak yang boleh menyebabkan helikopter tidak stabil apabila mendarat.

"Oleh itu juruterbang meminta izin daripada menteri untuk beredar dari situ dan cadangan itu dipersetujui menteri.

"Helikopter itu kemudian beredar dan menuju ke destinasi seterusnya ke Pulau Nyamuk," katanya ketika diminta mengesahkan kejadian itu, di sini Isnin.

Fadzlette berkata ketika kejadian, Ahmad Zahid dalam lawatan kerja untuk meninjau semua balai polis di pedalaman Sabah.

Pada Ahad, Kompas melaporkan helikopter berkenaan kelihatan menghadapi kesukaran mendarat dan menarik perhatian anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) yang bersiap sedia memberi bantuan.

Artikel Lain