suria

Ketua Pemuda Silap Sebutan, Salah Istilah Agama, Jadi Modal Bahas Perwakilan

Suhaizan Kaiat

SHAH ALAM: Beberapa kesilapan sebutan dan petikan kalimah al-Quran ketika Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat menyampaikan ucaptama pada perasmian muktamar Pemuda menjadi salah satu modal perbahasan perwakilan pada Rabu.

Wakil dari Selangor, Zuhdi Mat Piah berkata Ketua Pemuda sepatutnya membaca teks ucapan tersebut berkali-kali dan merujuk beberapa perkara penting dengan individu yang lebih mahir sebelum berucap di pentas muktamar.

"Ucapan sepatutnya dibaca berkali-kali dan dirujuk kepada yang lebih mahir terutamanya yang pakar dalam bahasa Arab dan kalimah-kalimah dalam al-Quran.

"Kalau Rumah Budiman disebut Rumah Bunian kita faham itu kesilapan biasa, silap sebutan tapi kalau kalimah Arab itu tidak patut berlaku," katanya ketika perbahasan dan penerimaan ucaptama Ketua Pemuda, di sini.

Beliau berkata demikian sebagai merujuk beberapa kalimah bahasa Arab dan petikan al-Quran yang dilihat tidak tepat dan tidak difahami maksudnya oleh perwakilan dan menimbulkan kekeliruan ketika dibacakan oleh Suhaizan pada Selasa.

Beliau berkata banyak istilah dan kalimah bahasa Arab yang dikatakan tidak difahami maksudnya oleh perwakilan.

Zuhdi memberitahu, perkara ini perlu diberi perhatian kerana ia didengari ramai termasuklah oleh pemerhati luar negara.

"Kita tak mahu dilihat sebagai satu gerakan Islam tapi membuat kesilapan dan kesalahan dalam istilah-istilah agama," katanya.

Muktamar PAS

Artikel Lain