suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemuda PAS Akui Hadapi Krisis Keyakinan

Suhaizan Kaiat

SHAH ALAM: Pemuda PAS mengakui kualiti tarbiahnya menyebabkan ahli dewan itu kini berdepan krisis keyakinan berikutan perbezaan pandangan yang wujud di peringkat dalaman parti.

Ketua Pemudanya, Suhaizan Kaiat berkata, salah satu punca krisis keyakinan itu kerana perbezaan pendapat di kalangan kepimpinan parti yang tidak diuruskan dengan baik.

"Fitnah dan adu domba sesama sendiri yang tidak terkawal benar-benar menyedihkan kita.

"Kita juga berhadapan cabaran yang datangnya daripada gen Y yang terdedah dengan pelbagai maklumat dan berfikiran kritis serta berterus terang," katanya ketika menyampaikan ucaptama pada majlis perasmian Muktamar Pemuda PAS ke-56 di sini, Selasa.

Suhaizan berkata, PAS sememangnya telah melahirkan kader ahli gerakan Islam yang memiliki ilmu agama dan keperibadian mulia tetapi tidak dari segi melahirkan aktivis parti.

"Masyarakat mula mempersoalkan kualiti tarbiah kita apabila mereka membandingkan produk perkaderan Pemuda dengan produk parti lain yang dilihat lebih cemerlang dan kehadapan.

"Kita dilihat lebih tertumpu dalam melahirkan ahli dan pemimpin peringkat bawahan dan pertengahan tetapi kurang dalam melahirkan pemimpin yang punyai kualiti di peringkat tertinggi," katanya.

Justeru, beliau mengumumkan penubuhan Gagasan Pemuda Al-Helmy  yang memiliki pakej rabbani, faqih dan haraki.

"InsyaAllah inilah generasi yang akan mengisi Putrajaya satu masa akan datang," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan pendokong Pemuda PAS supaya tidak membazirkan masa membincangkan perkara remeh dan tidak membantu mengukuhkan ikatan kerjasama.


PAS, Suhaizan Kaiat, tarbiah

Artikel Lain