suria

“Mereka Ada Hal Lah Tu” Kata Mat Sabu

Mohamad Sabu

SHAH ALAM: Majlis perasmian Muktamar Pemuda PAS ke-56 sedikit tempang tanpa kehadiran wakil rakan sekutu Pakatan Rakyat, DAP.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu bagaimanapun berkata, ketiadaan wakil parti daripada komponen itu tidak membuatkan PAS berkecil hati.

“Mereka ada hal lah tu, kita pun kadang-kadang tak pergi jemputan kenduri,” katanya pada sidang media selepas merasmikan muktamar sayap parti itu di sini, Selasa.

Beliau berkata, kesemua wakil daripada parti komponen Pakatan Rakyat dijemput hadir tetapi pihaknya belum mendapat maklum balas mengenai ketidakhadiran wakil DAP.

“Saya tak tanya mereka (DAP) lagi.

“Kita jemput semua, tapi kita ada wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Ketua Angkatan Muda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke, pada Selasa mengesahkan parti itu memboikot muktamar PAS kali ini.

“Ya, kami tidak hadir. Kami juga tidak akan hadir pada muktamar penuh,” katanya seperti dilapor portal berita Malaysiakini.

Artikel Lain