suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Adun Meranti Cedera Ringan Dalam Kemalangan Di Tanah Merah

KOTA BAHARU: Anggota Dewan Undangan Negeri Meranti, Datuk Mohd Nassuruddin Daud cedera ringan dalam kemalangan di Km 4.5 JalanTanah Merah-Pasir Mas pada Isnin.  

Pemangku Ketua Polis Daerah Tanah Merah, ASP Mohd Fadzir Manap berkata dalamkejadian pukul 7.25 malam itu, kereta yang dinaiki Mohd Nassuruddin telah dilanggar sebuah motosikal.

"Kejadian berlaku semasa Mohd Nusuruddin dalam perjalanan dari Pasir Mas menuju Masjid Kampung Belimbing di Tanah Merah untuk program ceramah berkaitan nisfu syaaban. 

"Apabila sampai di hadapan Masjid Belimbing, pemandu keretanya telah membelok ke arah kanan menuju masjid sebelum dilanggar sebuah motosikal yang menuju ke Pasir Mas," katanya.

Mohd Nassuruddin mendapat rawatan di Hospital Tanah Merah.

Artikel Lain