suria

Kerajaan Nafi Bayar Gaji Penasihat Komunikasi PM

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak pernah membayar gaji kepada Penasihat Komunikasi Pejabat Perdana Menteri, Paul Stadlen tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, Shahidan memberitahu,  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika ini mempunyai empat penasihat dan bukan Stadlen seperti yang didakwa.

"Penasihatnya ialah Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin, Datuk Mohd Johari Baharom , Tan Sri Dr Rais Yatim dan Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil.

"Kerajaan hanya membayar gaji dan elaun mengikut  kelayakan masing-masing berdasarkan kepada kepakaran yang diberikan," jelas beliau.

Shahidan berkata demikian menjawab soalan lisan Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin yang meminta kerajaan menyatakan bilangan penasihat rasmi perdana menteri dan jumlah bayaran termasuk semua elaun setiap seorang penasihat tersebut.

Hanipa turut meminta kerajaan menjelaskan pembayaran gaji kepada Stadlen setakat April 2014.

Paul Stadlen

Artikel Lain