suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Perlu Periksa Jika Dr Mahathir Berdebat Isu Kontroversi - Ahmad Shabery

Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
KUALA LUMPUR: Debat yang dicadangkan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk sejarah.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata beliau perlu memeriksa sama ada Dr Mahathir telah menawarkan peluang yang sama kepada lawan politiknya semasa beliau menjadi Perdana Menteri.

"Saya perlu periksa terlebih dahulu jika Tun Mahathir pada ketika itu memberi peluang yang sama kepada orang lain apabila ada isu-isu kontroversi yang hampir sama," katanya kepada pemberita selepas pelancaran siri jelajah Huawei ICT pada Selasa.

Ahmad Shabery, bagaimanapun, tidak mengesahkan jika beliau benar-benar bersedia untuk menganjurkan perdebatan antara kedua-dua pemimpin negara itu.

Artikel Lain