suria

Asean: Mesyuarat Tergempar Beri Tekanan Kepada Myanmar - Tun M

PUTRAJAYA: Asean perlu memberi tekanan kepada Myanmar untuk menyelesaikan isu dan masalah berkaitan pelarian Rohingya dengan mengadakan mesyuarat tergempar dalam masa terdekat.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sebagai Pengerusi Asean, Malaysia boleh mengambil langkah jangka pendek dan serta-merta dalam usaha menyelesaikan kemelut pelarian Rohingya ini.

“Panggil satu mesyuarat melibatkan pemimpin-peminpin Asean untuk membuat keputusan mengenai isu ini.

“Kita perlu beritahu Myanmar bahawa mereka tak boleh lakukan (kekejaman) kepada rakyat mereka sendiri yang akhirnya memberikan masalah kepada kita,” kata pada sidang media di sini, Isnin.

Dr Mahathir menambah, tindakan Myanmar terhadap etnik Rohingya selama beratus-ratus tahun adalah tidak berperikemanusiaan.

“Ini (Rohingya) rakyat Myanmar, mereka ada di situ sejak sudah 800 tahun jadi tak patutlah mereka dibunuh dan dibakar rumah mereka.

“Saya fikir patut diadakan satu mesyuarat tergempar mengenai isu ini.

"Panggil satu mesyuarat melibatkan pemimpin-peminpin Asean untuk membuat keputusan mengenai isu ini,” katanya.

Menurut Dr Mahathir lagi, Malaysia mempunyai hak untuk bertindak kerana isu ini telah menimbulkan masalah kepada negara.

Krisis kemanusiaan melibatkan pelarian Rohingya dan Bangladesh timbul selepas polis Thai bertindak keras terhadap aktiviti penyeludupan manusia.

Aktivis menganggarkan kira-kira 8,000 pendatang asing yang kemungkinan berada di lautan Asia Tenggara dalam keadaan kebuluran dan berdepan dengan kematian.

Keadaan itu amat membimbangkan kerana muatan kapal dalam keadaan tidak sempurna tanpa sebarang pengemudi dan penunjuk arah.

Keadaan itu juga menyebabkan pendatang asing berhadapan bahaya malah boleh menyebabkan kehilangan nyawa.

Dr Mahathir Mohamad, Rohingya, Asean

Artikel Lain