suria

Hormati Proses Semakan Semula 1MDB

KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) meminta semua pihak menghormati proses semakan semula yang diketuai Ketua Audit Negara seperti diarah oleh Kabinet, serta menunggu hasil pendengaran Jawatankuasa Wang Kira-Kira Negara (PAC) yang akan bermula pada Selasa.

Syarikat pembangunan strategik itu berkata, lembaga pengarahnya mengambil maklum semua persoalan yang dibangkit menerusi media baru-baru ini.

"Berdasarkan pemilihan fakta yang dibentang, ketiadaan bukti menyokong dan laporan yang bias, jelas bahawa ia cubaan untuk membentuk pandangan umum sebelum PAC dan Ketua Audit negara selesai menjalankan semakan semula masing-masing," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Usaha mencari kebenaran perlu berdasarkan fakta dan dijalankan oleh pihak yang boleh dipercayai, tidak bias dan adil.

"Perbicaraan menerusi media' tidak memberi faedah kepada mereka yang benar-benar inginkan kebenaran," katanya. 

Menurut kenyataan itu, jemaah lembaga akan bekerjasama penuh dengan dwipartisan PAC, Ketua Audit Negara serta pihak berkuasa berkaitan dan hanya akan menjawab soalan yang dikemukakan pihak berkenaan.

1MDB, semakan semula

Artikel Lain