Kerajaan Sedia Kaji Kecualikan GST Kepada Golongan Memerlukan - Semasa | mStar

Kerajaan Sedia Kaji Kecualikan GST Kepada Golongan Memerlukan

Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersedia mengkaji cadangan untuk mengecualikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada golongan tertentu seperti Orang Kurang Upaya, mahasiswa dan golongan termiskin, yang berdaftar dengan E-Kasih.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata, malahan sejak dilaksanakan, cukai itu telah membantu mengurangkan impak ke atas golongan berpendapatan rendah, dengan tidak mengenakan GST terhadap semua barangan mentah dan makanan asas.

"Kita merupakan negara yang memberi paling banyak pengecualian GST jika dibandingkan dengan negara lain yang melaksanakan cukai ini," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) pada sesi soal jawab di persidangan Dewan Rakyat di sini, Isnin.

Terdahulu menjawab soalan asal Shamsul Anuar, Ahmad berkata setakat 10 Mei, Jabatan Kastam Diraja Malaysia menerima 4,849 aduan mengenai kesalahan GST dan Anti Pencatutan, membuka 13 kertas siasatan yang mana 11 sedang siasat dan 44 kes akan dibawa ke mahkamah.

Ahmad berkata kerajaan akan terus memperhebatkan penguatkuasaan ke atas peniaga yang melakukan penyelewengan harga bagi memastikan harga barangan stabil seperti sepatutnya setelah ditolak Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

"Sekarang ini yang berlaku ialah peniaga tidak menolak SST dan menambah GST, menjadikan harga yang sepatutnya turun atau kekal itu naik.

"Ini bukan salah GST tetapi salah peniaga, ini yang buat pengguna marah.

Kita harap dalam jangka masa enam bulan sehingga setahun, harga ini akan kembali stabil seperti yang kita jangka," kata Ahmad.

Beliau berkata, kerajaan juga akan menimbang untuk membuka lebih banyak kaunter aduan kepada pengguna bagi mereka mengemukakan sebarang masalah mengenai GST.

"Kita sememangnya memberi kuasa kepada seberapa ramai pihak termasuk ketua kampung, JKKK dan pengguna untuk melaporkan setiap kesalahan peniaga mengenai GST kepada pihak kita," katanya.-- Bernama





Ahmad Maslan , GST , Dewan Rakyat

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain