suria

Kronologi Perhimpunan Bantah GST Di Ibu Negara

KUALA LUMPUR: Sekretariat ‘Kita Lawan’ yang terdiri daripada parti politik, badan bukan kerajaan (NGO), golongan profesional dan mahasiswa pada Jumaat mengadakan satu perhimpunan bagi membantah pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di ibu negara.

Berikut merupakan kronologi perhimpunan tersebut yang disediakan oleh wartawan mStar Online dari Jalan Tuanku Abdul Rahman sejak pagi Jumaat.


6.30 petang: Peserta perhimpunan #bantahGST bersurai sepenuh di lokasi terakhir iaitu KLCC.

4.40 petang: Peserta perhimpunan #bantahGST tiba di KLCC untuk berkumpul dalam kumpulan besar.

4.15 petang: Peserta perhimpunan #bantahGST sedang melalui Jalan Ampang ke KLCC.

3.55 petang: Gagal memecah benteng pihak berkuasa untuk berkumpul di Dataran Merdeka, peserta perhimpunan #bantahGST kini berarak ke KLCC.

3.45 petang: Peserta perhimpunan #bantahGST mula melakukan provokasi dengan membaling mercun dan bom asap ke arah anggota polis untuk memasuki Dataran Merdeka.

3.30 petang: Polis dan penguatkuasa DBKL menutup kawasan Dataran Merdeka daripada dimasuki peserta perhimpunan #bantahGST. 

3.17 petang: Peserta perhimpunan #bantahGT mula berkumpul dalam kumpul besar di Dataran Merdeka.

3.00 petang: Peserta perhimpunan mula bergerak dari Sogo ke Dataran Merdeka, manakala pihak polis mula melakukan pengawasan dari udara.

2.50 petang: Pengawal keselamatan mengawal ketat pintu masuk pusat membeli-belah tersebut dan meminta peserta perhimpunan #bantahGST tidak menganggu pelanggan.


2.45 petang: Peserta perhimpunan bantah GST mula bergerak dari Masjid Jamek ke Dataran Merdeka (gambar atas).


2.30 petang: Tian Chua memberi ucapan dihadapan kira-kira 300 penyokong dan mengajak mereka terus menentang GSt sehingga dihapuskan. Turut memberi ucapan ialah Pengerusi Bersih, maria Chin


2.12 petang: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua tiba di perkarangan Sogo sambil melaungkan 'reformasi'.




1.30 tengah hari: Mereka turut mengumpulkan tandatangan pada petisyen bebaskan Anwar.

1.00 tengah hari: Golongan wanita mula berkumpul di hadapan pintu masuk Sogo.

12.00 tengah hari: Peserta perhimpunan bantah GST mula tiba di sekitar Sogo.

11.30 pagi: Polis dan penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kelihatan memantau di beberapa kawasan sekitar pusat membeli-belah Sogo dan Masjid India.

11.00 pagi: Kelihatan lebih 50 orang sudah mula berkumpul di kaki lima. Beberapa peserta kelihatan menjual baju t-shirt berwarna merah hitam untuk kempen tersebut.

10.00 pagi: Keadaan di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman kelihatan tenang dan hampir semua kedai beroperasi seperti biasa. 


Jalan Tuanku Abdul Rahman, GST

Artikel Lain