suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PRK Rompin: Dua Pusat Pengundian Awal Ditutup

ROMPIN: Dua pusat pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin ditutup pada pukul 2 petang Khamis.

Dua pusat itu adalah Bilik Maklumat Balai Polis Muadzam Shah dan Bilik Maklumat, Balai Polis Teket, Pulau Tioman.

Setakat pukul 2 petang Khamis, sejumlah 439 pemilih atau 80.5 peratus telah keluar mengundi.

Sementara itu, proses pengundian awal masih lagi berlangsung di Dewan Seri Ibam, Skuadron 322 TUDM, Bukit Ibam dan Bilik Rehat, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin dan akan ditutup pada pukul 5 petang nanti.

Pada PRK Rompin ini, sejumlah 545 pemilih yang terdiri daripada anggota tentera dan polis serta pasangan masing-masing layak mengundi.

Kira-kira 52,744 pemilih biasa akan membuang undi pada 5 Mei ini.

Rompin, BN, PAS

Artikel Lain