suria

PRK Pmtg Pauh: Wan Azizah Tercengang Ditanya Tentang Manifesto

BUKIT MERTAJAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih belum mendedahkan manifestonya dalam Pilihan Raya Kecil (PKR) Parlimen Permatang Pauh walaupun kempen memasuki hari keenam pada Khamis.

Malah calonya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sendiri tercengang ketika diajukan soalan berhubung janji-janji yang dilakukannya jika diberi peluang menjadi wakil rakyat di kawasan berkenaan.

Mengelak untuk mengulas lanjut mengenai isu berkenaan, Dr Wan Azizah sebaliknya menyatakan bahawa parti itu mahu menunggu manifesto yang akan dilancarkan parti lawannya.

"Manifesto? Oh…tak apa, kita tunggu BN dulu," katanya pada sidang media di Yayasan Aman di sini, Khamis.

Pada PRK yang akan diadakan pada 7 Mei ini, Dr Wan Azizah berhadapan saingan empat penjuru menentang calon Barisan Nasional (BN), Suhaimi Sabudin; Azman Shah Othman dari Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan seorang calon Bebas, Salleh Isahak.

Pada Rabu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Seri Zainal Abidin Osman meminta PKR mengumumkan manifesto mereka sekiranya jujur untuk berkhidmat kepada penduduk di sini.

Barisan Nasional (BN) dijangka akan melancarkan manifesto PRK Parlimen Permatang Pauh pada Khamis yang merangkumi sektor ekonomi, kebajikan, pendidikan, perumahan, komuniti dan keselamatan untuk penduduk Parlimen itu sekiranya BN menang pada PRK 7 Mei ini.

Permatang Pauh, BN, PKR

Artikel Lain