suria

PDRM Nafi Pengambilan Terbuka Jawatan

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Khamis menafikan khabar angin kononnya ada pengambilan terbuka untuk jawatan di pasukan keselamatan itu seperti yang tersebar di laman sosial baru-baru ini.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) ACP Datin Asmawati Ahmad yang mengesahkan perkara itu berkata ketika ini hanya terdapat pengambilan untuk jawatan konstabel lelaki, konstabel sokongan lelaki, Inspektor gred YA13 lelaki dan wanita daripada ahli sukarelawan polis siswa-siswi (Suksis).

"Calon yang telah memohon melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) serta mendapat surat panggilan temuduga dari bahagian pengambilan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sahaja akan dipanggil.

"Temuduga bagi pengambilan jawatan konstabel lelaki dan konstabel sokongan lelaki akan bermula pada 4 Mei hingga 12 Jun di seluruh negara melibatkan kontinjen, daerah dan formasi terpilih," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

Beliau berkata urusan temuduga bagi pengambilan Inspektor gred YA13 akan bermula dari 10 Mei hingga 31 Mei di seluruh negara.
Sehubungan itu, warga Malaysia yang berminat boleh memohon melalui pendaftaran secara dalam talian di portal rasmi SPA di www.spa.gov.my.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain