suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Najib Ucap Terima Kasih Kepada Pekerja

Datuk Seri Najib Tun Razak
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis menyatakan penghargaan beliau kepada semua pekerja bersempena sambutan Hari Pekerja, Jumaat.

"Sempena sambutan Hari Pekerja tahun ini, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua pekerja yang telah menyumbang ke arah kejayaan Malaysia sepertimana yang kita kecapi kini.


"Saya harap semua dapat meluangkan masa berkualiti dengan ahli keluarga tersayang sempena cuti panjang hujung minggu ini. Selamat Hari Pekerja kepada semua!," katanya dalam laman sosial Facebook rasminya Khamis.


Sambutan Hari Pekerja 2015 peringkat kebangsaan bakal mencatat sejarah apabila julung kalinya diadakan di Sarawak esok.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem dilaporkan berkata sambutan bertemakan 'Pekerja Sihat, Produktiviti Meningkat' itu akan diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching dan dijangka dihadiri 10,000 orang.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain