Lebih 70 Rumah Rosak Teruk Dilanda Ribut Kencang - Semasa | mStar

Lebih 70 Rumah Rosak Teruk Dilanda Ribut Kencang

KULIM: Sebanyak 72 buah rumah di Mukim Bagan Sena dan Mukim Karangan dalam daerah ini rosak teruk dilanda ribut kencang dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang Ahad.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kulim Muhammad Mohd Noor berkata, antara kawasan terjejas teruk di Mukim Bagan Sena ialah Ladang Bukit Sedim, Bagan Sena, Labu Besar dan Jubai Dana yang melibatkan lebih 40 rumah.

"Tidak kurang 10 buah rumah diterbangkan bumbungnya, tetapi sebilangan besar melibatkan bumbung rosak dan dinding bangunan retak," katanya.

Beliau ditemui pemberita ketika bersama-sama kakitangan JKM Kulim membuat bancian kerugian yang dialami penduduk di Kampung Jubai, Bagan Sena di sini, Isnin.

Muhammad berkata, pihak JKM sejak malam tadi telah berada di kawasan kejadian  untuk menyampaikan bantuan berbentuk makanan kering, selain berusaha menguruskan keperluan mangsa ribut.

Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah (ADUN) Kulim Chua Thiong Ghee turut melawat dan memberikan bantuan kepada mangsa ribut beberapa kampung di Mukim Karangan iaitu Kampung Kemunting, Kampung Karangan dan Kampung Seberang Jaya.

Jelas Thiong Ghee, selain bantuan JKM pihaknya juga telah menghulurkan bantuan segera kepada empat keluarga membabitkan empat buat rumah, yang bumbung rumah mereka diterbangkan angin kencang.

Seorang mangsa, Ramlah Said 69, berkata ketika kejadian dia dan anak serta cucu sedang berehat di rumah mereka di Ladang Bukit Sedim, sebelum tiba-tiba bumbung rumah mereka diterbangkan ribut mengakibatkan air hujan mencurah ke dalam rumah.-- Bernama


ribut , Mukim Bagan Sena , Karangan

Artikel Sebelum

PAS Ragui Keikhlasan DAP

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Ribut Landa Pulau Pinang

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain