suria

Protes Salib Bukan Menghasut Atau Jenayah - KPN

KUALA LUMPUR: Tunjuk perasaan oleh sekumplan penduduk berhubung salib pada rumah kedai yang dijadikan gereja di Taman Medan pada Ahad tidak dianggap sebagai menghasut atau mempunyai apa-apa unsur jenayah, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

"Isu ini tidak menyentuh mengenai agama tetapi lokasi gereja itu.

"Pada pandangan kami adalah isu ini tidak menyentuh mengenai agama Kristian tetapi lebih kepada bantahan masyarakat mengenai gereja di kejiranan mereka.

"Berdasarkan siasatan, wakil masyarakat dan paderi gereja telah mengadakan mesyuarat dan mereka bersetuju untuk menurunkan salib," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program pendaftaran PR1MA bagi polis di Bukit Aman pada Isnin.

Selain itu Khalid mengesahkan bahawa abangnya, Datuk Abdullah Abu Bakar yang dikatakan bertindak sebagai orang tengah antara penunjuk perasaan dan pemimpin gereja, turut hadir pada perhimpunan itu.

"Peranannya adalah sebagai pemimpin masyarakat dan dia berada di sana untuk menenangkan ketegangan dan memastikan kumpulan itu tidak bertindak agresif," katanya.

"Kami telah merujuk perkara ini kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan kerajaan negeri untuk tindakan selanjutnya.

"Buat masa ini kita tidak nampak apa-apa unsur jenayah dalam isu ini," katanya lagi.

Khalid Abu Bakar, Taman Medan

Artikel Lain