Isu Gereja: "Saya Sudah Jelaskan Kepada Khalid" - Semasa | mStar

Isu Gereja: "Saya Sudah Jelaskan Kepada Khalid"

Abdullah Abu Bakar

PETALING JAYA: Abang kepada Tan Sri Khalid Abu Bakar sudah menjelaskan kepada Ketua Polis Negara mengenai tindakan penduduk beragama Islam mengadakan demonstrasi bagi mendesak pihak gereja di Taman Medan menurunkan simbol salib.

Datuk Abdullah Abu Bakar yang juga salah seorang yang terbabit pada kejadian yang berlaku Ahad berkata, beliau menerima panggilan telefon daripada adiknya dan sudah memaklumkan kepada Khalid bahawa isu membabitkan gereja itu sudah selesai.

"Dia (Khalid) bertanya kepada saya: "Alang, apa cerita? dan saya maklumkan kepadanya bahawa kami sudah bercakap dengan wakil gereja itu yang memahami masalah kami, jadi tiada lagi isu kerana semuanya sudah diselesaikan.

"Dia (Khalid) terima penjelasan saya dan berkata "Ok"," jelas Abdullah kepada wartawan pada Isnin.

Abdullah yang juga Ketua Umno Cawangan Taman Lindungan Jaya terbabit dalam kontroversi itu kerana menyertai demokstrasi berkenaan, selain mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Khalid.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa protes itu tidak membabitkan adiknya, sebaliknya ia isu yang melibatkan penduduk Islam di Taman Medan dan gereja yang baru beroperasi itu.

"Tidak mudah menjadi abang IGP, jika timbul sebarang isu, orang ramai akan berjumpa saya untuk mendapatkan pertolongan," katanya.

Abdullah memberitahu wartawan bahawa pihak gereja berkenaan sudah bersetuju untuk menurunkan simbol salib kerana memahami sensitiviti umat Islam di kawasan berkenaan.

"Koordinator gereja, Sister Victoria memahami apa yang kami sampaikan dan kami berterima kasih kepadanya," katanya.

Beliau dan beberapa penduduk lain mendakwa mereka berperanan sebagai orang tengah ketika penduduk di taman berkenaan mengadakan protes itu pada Ahad.

"Kawasan kediaman kami juga ada kuil Hindu yang berusia 20 tahun dan kami tidak berdepan sebarang masalah," kata Harun Ismail, 54 yang menetap di situ sejak 40 tahun lalu.

Malahan, katanya, pihanya juga tidak menentang gereja ini menjalankan kegiatan agama, cuma meminta mereka menurunkan simbol salib.





Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Pemilihan PAS: Mat Sabu Ketinggalan

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain