suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hanya Seorang Anggota Polis IPK Kelantan Terlibat Dadah

KOTA BHARU: Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan pada Isnin menjelaskan hanya seorang anggota kontinjen negeri itu yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah dalam tempoh Januari hingga Mac tahun ini.

Penolong Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Supt Sheik Azhar Sheik Omar memperbetulkan jumlah berkenaan berikutan laporan akhbar yang menyatakan 16 anggota polis di Kelantan terlibat dengan jenayah itu.

"Angka sebenar anggota polis yang ditahan berkait kes dadah bagi Januari hingga Mac adalah enam orang dan bukannya 16 sepertimana yang dinyatakan dalam akhbar hari ini.

"Enam anggota itu termasuk satu dari Kontinjen Kelantan, dan lima dari lain-lain kontinjen," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sheik Azhar Sheik Omar

Artikel Berikut

PAS Ragui Keikhlasan DAP

Artikel Lain