Dua Pelatih Tentera Dijangkiti Meningoensefalitis - Semasa | mStar

Dua Pelatih Tentera Dijangkiti Meningoensefalitis

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Foto BERNAMA
Dr Noor Hisham.

PETALING JAYA: Dua pelatih tentera mengalami gejala Meningoensefalitis manakala 10 yang lain dikuarantin di Pusat Latihan Tentera, Port Dickson.

Pasukan kesihatan sedang mengambil langkah pencegahan dan kawalan di pusat latihan tersebut.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata dua pelatih tentera yang mengalami gelaja tersebut berada di kem tersebut sejak sebulan lalu.

Kedua-duanya yang juga rakan sebilik mengalami gelaja awal seperti demam dan kekejangan otot pada kaki.

Mereka kemudiannya menerima rawatan awal di Rumah Sakit Angkatan Tentera, Port Dickson sebelum dirujuk ke Hospital Port Dickson pada 14 April lalu.

Salah seorang pelatih kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi, Hospital Port Dickson manakala rakannya berada di unit sama di Hospital Kuala Lumpur.

"Mereka kini berada dalam keadaan stabil. Pihak KKM sedang berusaha mengenalpasti punca sebenar di sebalik gejala jangkitan tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Meningoensefalitis adalah radang yang berlaku secara sekali gus melibatkan otak dan selaput yang meliputi bahagian otak, secara umumnya berlaku akibat jangkitan bakteria.

Mereka yang dijangkiti virus itu akan mengalami gejala seperti demam, sakit kepala, loya dan muntah.

Artikel Berikut

Amuk: Pegawai Bank Maut, Rakan Cedera

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain