suria

Kerajaan Selangor Mahu Tambahan Peruntukan Hasil GST

Mohamed Azmin Ali
SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor mahu tambahan peruntukan sekiranya berlaku peningkatan hasil Kerajaan Persekutuan berikutan perlaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata tambahan peruntukan itu selaras dengan Akta Pertambahan Hasil 1977 dan Akta Pemberian Hasil Pindaan 2007.

"Akta ini menyatakan setiap pertambahan hasil persekutuan mesti dsalurkan kepada kerajaan negeri dan hak ini dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Datuk Mohd Shamsudin Lias (BN-Sungai Burong) berhubung pendirian kerajaan negeri terhadap peruntukan tambahan hasil daripada GST yang dikutip oleh Kerajaan Persekutuan.

Pelaksanaan GST pada kadar enam peratus yang bermula semalam adalah bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan berjumlah 16 peratus.

Kerajaan Persekutuan menyasarkan hasil dikutip dikembalikan kepada rakyat melalui pembangunan negara dan peningkatan kemudahan awam.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain