suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemilihan PAS: Salahuddin Sedia Pertahan Jawatan Naib Presiden

Salahuddin Ayub.

PETALING JAYA: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menyifatkan masih terlalu awal untuk membuat keputusan sama ada beliau akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti yang akan berlangsung Jun nanti.

Bagaimanapun bekas Ahli Parlimen Kubang Kerian itu yang menyuarakan supaya parti berkenaan melalui proses perubahan pucuk pimpinan memberi bayangan beliau akan mempertahankan jawatan naib presiden sekiranya menerima cukup pencalonan.

Salahuddin berkata beliau akan hanya mengumumkan keputusan tersebut sebaik sahaja semua kawasan PAS selesai mengadakan mesyuarat yang dijangka berakhir pada penghujung bulan April ini.

"Masih terlalu awal untuk buat keputusan. Saya akan melihat dahulu isyarat-isyarat daripada semua kawasan-kawasan PAS yang bermesyuarat.

"Yang penting bagi saya adakah perwakilan berpuas hati dengan prestasi saya sebagai naib presiden. Itu akan menjadi kayu ukur untuk saya membuat keputusan," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Jumaat.

Sehingga kini, hanya seorang Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan kesediaannya bertanding jawatan timbalan presiden parti sekiranya beliau mendapat pencalonan yang mencukupi.

Pencalonan peringkat kawasan bagi jawatan peringkat PAS pusat akan berakhir pada 30 April ini, manakala pemilihan PAS dijadualkan berlangsung semasa Muktamar PAS ke-61 pada 4 hingga 6 Jun tahun ini.

Artikel Sebelum

Artikel Lain