suria

Kenyataan Nurul Izzah: Zulkifli Nordin Buat Laporan Polis

Datuk Zulkifli Noordin
KUALA LUMPUR: Bekas anggota Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin pada Khamis membuat laporan polis terhadap Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar ekoran ucapannya di Parlimen Selasa lepas yang mempertikai penghakiman negara. 

Zulkifli ketika dihubungi Bernama berkata kenyataan Nurul Izzah berhubung penghakiman dibuat panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan kes liwat bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 10 Februari lalu sebagai suatu kenyataan yang sarat dengan penghinaan.

Katanya kenyataan Nurul Izzah bukan lagi mengkritik atau menegur tetapi sudah menghina badan kehakiman, selain berbaur hasutan.

Zulkifli juga percaya kenyataan Nurul Izzah itu tidak dilindungi oleh kekebalan anggota Parlimen seperti diperuntukkan mengikut Perkara 63 Fasa (2) Perlembagaan Persekutuan.

Justeru, beliau berharap pihak polis akan menjalankan siasatan terhadap Nurul Izzah dan memohon pihak pendakwa raya mengambil tindakan pendakwaan sekiranya ucapan anak sulung Anwar itu didapati melanggar mana-mana peruntukan di bawah Akta Hasutan 1948.

Artikel Lain