suria

D.P Vijandran Dicadang Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Semula MIC

D.P Vijandran
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) Interim 2009 mencadangkan bekas Setiausaha Agung MIC D.P Vijandran untuk mengetuai jawatankuasa pemilihan semula parti berkenaan.

Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata cadangan melantik Vijandran yang juga bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat itu diputuskan pada mesyuarat CWC Interim tersebut yang berlangsung Khamis.

"Kita mengambil cadangan ini selepas menerima pandangan daripada beberapa anggota veteran parti dan satu surat tawaran akan dihantar kepada beliau hari ini.

"Saya berharap beliau setuju dan lantikan anggota lain akan dibuat selepas Vijandran setuju," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat CWC Interim 2009 di ibu pejabat MIC, di sini Khamis.

Dr Subramaniam yang juga Menteri Kesihatan turut meminta jawatankuasa yang bakal ditubuhkan itu supaya mengikuti jadual pemilihan semula di semua peringkat seperti yang ditetapkan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Pemilihan sayap Wanita, Pemuda, Putera dan Puteri MIC perlu diadakan dalam tempoh April hingga Jun ini, manakala pemilihan jawatan-jawatan utama parti pada Julai depan.

Artikel Sebelum

Artikel Lain