suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Leftenan Komander TLDM Direman Kerana Rasuah

IPOH: Seorang lagi pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut berpangkat Leftenan Komander ditahan reman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah.

Majistret Suhaima Mohd Noor membenarkan suspek yang berumur 39 tahun itu direman sehingga Isnin depan selepas menerima permohonan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis.

Difahamkan, lelaki berkenaan adalah suami kepada seorang daripada pegawai TLDM berpangkat Leftenan Komander yang ditahan reman Selasa lepas.

Selasa lepas, 14 individu, termasuk lima pegawai dan anggota TLDM di Lumut, ditahan reman sehingga 16 Mac, mengikut Seksyen 17 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Lima penjawat awam itu, termasuk seorang wanita, disiasat mengikut Seksyen 17(a) akta SPRM kerana disyaki menerima suapan sebagai upah atau dorongan untuk mengambil tindakan atau tidak mengambil tindakan, yang berkaitan dengan tugas rasmi mereka.

Sembilan orang awam, termasuk seorang wanita, pula disiasat mengikut Seksyen 17(b) akta SPRM kerana disyaki memberi suapan.

Menurut jurucakap SPRM, antara sebab pihaknya menahan kesemua suspek yang dipercayai saling mengenali antara satu sama lain itu ialah selepas menerima aduan berhubung gaya hidup mewah mereka.

Rasuah, TLDM, SPRM

Artikel Lain