suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Petisyen Pembebasan Anwar Boleh Diakses Semula

Anwar Ibrahim.

PETALING JAYA: Petisyen berhubung pembebasan Datuk Seri Anwar dari penjara boleh diakses semula selepas White House bertindak untuk mengeluarkan petisyen tersebut dari laman sesawang rasminya kerana dikatakan melanggar peraturan terma penyertaan yang ditetapkan. 

Menurut kenyataan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur mengesahkan bahawa petisyen tersebut dikeluarkan kerana terdapat unsur-unsur penipuan apabila jumlah tandatangan yang diperolehi meragukan. 

"Terdapat beberapa petisyen yang berkaitan dengan Anwar Ibrahim dipenjarakan dan selepas penilaian dijalankan, White House memberitahu bahawa petisyen dikeluarkan adalah bukan petisyen yang mengandungi tandatangan palsu," katanya. 

Kedutaan turut memberitahu, mereka akan melanjutkan tempoh petisyen demi menggantikan masa yang telah hilang semasa petisyen dikeluarkan. Mereka akan memastikan tiada tandatangan yang dibuang daripada petisyen tersebut.

Tambahnya lagi, petisyen pembebasan Anwar Ibrahim dari penjara mencecah sebanyak 108,528 tandatangan, melebihi sasaran utama iaitu 100,000 sebelum 12 Mac.

Sementara itu, petisyen mengenai 'Menghormati Kedaulatan Negara Malaysia' telah dikeluarkan apabila White House berjaya mengesan beberapa tandatangan palsu dan tidak sah. 

"Sebaik sahaja tandatangan palsu dikeluarkan, White House akan memasukkan semula petisyen tersebut dan melanjutkan tempoh petisyen ke tarikh yang baru bagi menggantikan masa yang telah hilang semasa petisyen dimatikan," kata Kedutaan AS.

White House, Anwar Ibrahim

Artikel Berikut

Artikel Lain