suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Benji Ditahan Lagi

Benjy ditahan buat kali ketiga kerana kesalahan dadah.

KUALA LUMPUR: Seorang pelakon lelaki popular televisyen ditahan bersama sepasang penagih dadah di sebuah hotel bajet di Jalan Yap Ah Shak, di sini pada malam Khamis.

Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy ditahan bersama 15 gram methamphetamina oleh pasukan narkotik polis  dan direman hingga Ahad.

Ini adalah kali ketiga dia ditahan kerana memiliki dadah.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenauah Narkotik di sini, Superitendan Adnan Azizon berkata, serbuan dihotel berkenaan dilakukan pada 9.30 malam Khamis.

Operasi dilancarkan selepas mendapat maklumat berlakunya aktiviti pelik di bilik hotel berkenaan.

"Pelakon lelaki itu ditemui dalam bilik hotel bersama seorang wanita dan lelaki berusia antara 26 dan 37 tahun.

"Ketiga-tiga disahkan positif dadah, selain menemui paket kecil mengandungi bahan dipercayai syabu," katanya.

Selain itu, katanya, pihak polis juga merampas pistol angin dan beberapa bebuli besi di bilik hotel itu.

Benjy, syabu, hotel

Artikel Lain