suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suspek Bunuh Ibu Muda Ditahan

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan seorang wanita yang mayatnya ditemui di sebuah pangsapuri di Petaling Jaya pada Rabu malam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Azmi Abu Kassim berkata lelaki berusia 36 tahun itu, yang merupakan penghuni di sebuah daripada bilik di pangsapuri berkenaan, ditahan di Hentian Pudu Raya kira-kira 10.30 malam.

"Polis sedang menyoal siasat tangkapan untuk mengenal pasti motif dan lain-lain unsur jenayah pembunuhan ini. Kami akan memohon untuk mendapat perintah reman terhadap suspek," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Dalam kejadian malam tadi, wanita berusia 26 tahun yang yang baru bersalin dua bulan lepas, dijumpai dalam keadaan tangan dan kaki terikat serta mulutnya disumbat, bersebelahan bayinya.

Suami mangsa yang baru pulang dari tempat kerja, terpaksa memecah masuk ke dalam rumah yang berkunci dari dalam pangsapuri itu kira-kira 8 malam.

Mangsa bersama suami yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah syarikat pengeluar barangan komputer, tinggal di rumah milik majikan suaminya itu, yang turut dikongsi dengan lima rakan sekerja.

Bayi mangsa berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sementara itu, Azmi berkata pihaknya masih menunggu hasil bedah siasat berkenaan punca kematian wanita itu. 

Bunuh, Ibu

Artikel Lain