suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kes BritishIndia Terhadap Suria KLCC Ditetap 23 Mac

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 23 Mac ini untuk pengurusan kes terhadap cadangan terma oleh BritishIndia kepada Suria KLCC.

Mahkamah pada mulanya menetapkan Khamis untuk mendengar injunksi yang dimohon oleh BritishIndia terhadap pusat membeli-belah berkenaan.

Hakim, Nor Bee Ariffin juga menetapkan 29 dan 30 Jun untuk mendengar saman utama.

Peguam, N. Sivaraj yang mewakili BritishIndia memberitahu pemberita pada Khamis bahawa anak guamnya akan mengetahui maklum balas Suria KLCC berhubung cadangan itu pada 23 Mac.

Jenama fesyen BritishIndia masih akan mengekalkan ruangnya di Suria KLCC sementara menunggu keputusan injunksi.

BritishIndia mendakwa, pihaknya telah dimaklumkan pada 28 Mei tahun lalu bahawa pusat membeli-belah tersebut tidak berminat memperbaharui penyewaan.

Ia mendakwa bahawa pihak Suria KLCC mengarah BritishIndia tanpa syarat menerima terma-terma tawaran untuk berpindah ke ruang lain di pusat membeli-belah.

Syarikat pakaian itu merupakan salah satu penyewal terawal di pusat membeli-belah itu yang berjaya menyewa premis selama 16 tahun.

Suria KLCC, BritishIndia

Artikel Lain