Seorang Pekerja Maut, Seorang Lagi Cedera di Tapak Pembinaan MRT Semantan - Semasa | mStar

IKLAN

IKLAN

Seorang Pekerja Maut, Seorang Lagi Cedera di Tapak Pembinaan MRT Semantan

PETALING JAYA: Seorang pekerja Bangladesh maut manakala seorang lagi cedera dalam satu insiden yang berlaku di tapak pembinaan MRT Semantan, Kuala Lumpur pada Jumaat. 

Pengarah Komunikasi Korporat MRT Corp, Amin Mahmoood Razak dalam satu kenyataan pada Jumaat, mengesahkan mengenai kejadian tersebut berlaku pada pukul 1.20 tengah hari. 

"Dua warga Bangladesh terlibat dalam kejadian tersebut. Seorang daripadanya Rijaul Abdul Ghoni, 40, maut ditempat kejadian. Mangsa yang cedera, Shanaullah, 37, telah dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur. 

IKLAN

Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 1.20 tengah hari itu, pekerja-pekerja terbabit sedang memasang kerangka besi tetulang, apabila ikatan antara besi tersebut dan kerangkanya tiba-tiba putus. Besi-besi tersebut telah terjatuh dan menghempap pekerja terbabit," katanya. 

Beliau berkata, polis dan jabatan forensik tiba di tempat kejadian pada pukul 3 petang dan siasatan punca sebenar kejadian sedang dijalankan. 

"Jenazah Rijaul telah dihantar ke hospital untuk dibedah siasat. Ini akan menjelaskan punca sebenar kematiannya," kata Amin. 

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Pemandu Maut Digilis Tayar Lori Sendiri

IKLAN

IKLAN

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Rafizi luah kecewa pada siapa?

Hadiah Krismas 'Jho Low' melucukan