suria

Kumpulan Ugut Bunuh KPN Patut Dikenakan Tindakan - MCPF

KUANTAN: Tindakan sekumpulan lelaki mengugut untuk membunuh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, melalui laman sosial pada Rabu lepas adalah perbuatan ekstremis dan mereka patut dikenakan tindakan undang-undang.

Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, kumpulan itu dilihat sengaja mencabar kedaulatan, menggugat keharmonian negara serta tindakan itu bertentangan dengan konsep kesederhanaan yang diamalkan di negara ini.

"Apabila kita sentuh mengenai kesederhanaan, kita memang tidak mahu melihat sesuatu yang dikaitkan dengan ekstremisme," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Tahun Baru Cina anjuran MCPF Pahang di sini.

Sultanah Pahang Sultanah Hajah Kalsom turut berangkat ke majlis itu.

Lam Thye berkata, tindakan kumpulan yang menggelarkan diri mereka Anak Muda Anti Demokrasi dan berpakaian seperti kumpulan militan IS itu turut memberi gambaran negatif kepada negara.

"Jika tidak dibendung, perkara ini boleh memberi impak negatif...kita risau sekiranya ia menjadi ikutan generasi muda," katanya.

Lee Lam Thye, MCPF, Khalid Abu Bakar

Artikel Sebelum

Artikel Lain