suria

MIC Minta Zahid Jangan Campuri Kemelut Parti

Datuk S. Balakrishnan.
PETALING JAYA: Naib Presiden MIC, Datuk S.Balakrishnan meminta Menteri Dalam Negeri, Daruk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid supaya tidak mencampuri kemelut dalaman parti itu yang ingin diselesaikan menerusi kaedah perundangan.

"Kami mampu menguruskan perkara ini dengan sendiri dan beliau tidak hak untuk mempertikaikan keupayaan presiden untuk menyelesaikan masalah kaum India dimana beliau tidak mempunyai sebarang petunjuk," kata Balakrishnan dalam satu kenyataan pada petang Selasa.

Terdahulu, Dr Ahmad Zahid meminta MIC menyelesaikan kemelut dalaman parti itu menerusi kaedah politik.

Beliau berkata Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel telah bersetuju dalam satu mesyuarat bersama Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan timbalannya, Datuk Seri Dr S.Subramaniam untuk mengadakan pemilihan semula di semua peringkat tetapi 'kini beliau mengubah semula fikirannya'.

"Beliau sepatutnya berhenti melakukan itu dan menyelesaikan kemelut ini menerusi kaedah politik dan bukannya dengan memfailkan semakan kehakiman terhadap arahan RoS.

"Berlaku adil kepada pengikut anda dan kaum India. Biar parti dikemudi oleh calon yang layak dan dipilih oleh ahli parti.

"Bagaimana anda mahu menyelesaikan masalah kaum India jika masalah ini pun tidak dapat diselesaikan," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas permohonan yang difailkan oleh Pengarah Strategik MIC, A.K. Ramalingam untuk semakan kehakiman terhadap keputusan Ros yang mengisytiharkan pemilihan parti itu pada 2013 sebagai terbatal dan tidak sah sekali gus memerintahkan pemilihan semula diadakan untuk mengelakkan parti daripada dibatalkan pendaftarannya.

RoS berada di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri.

Balakrishnan mempertahankan tindakan Ramalingam dengan menegaskan krisis dalaman parti tidak akan terjadi sekiranya RoS tidak mengeluarkan arahan sedemikian.


Artikel Lain