suria

Tiga Remaja Lelaki Ditahan Kes Cabul Murid Tahun Dua

Gambar hiasan.
MELAKA: Polis menahan tiga remaja lelaki kerana dipercayai mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun di Nyalas, Jasin.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, semua remaja lelaki terbabit ada kaitan dengan kes murid Tahun Dua itu.

"Saya tidak boleh mendedahkan dengan lebih lanjut mengenai kes itu kerana siasatan sedang dijalankan tetapi saya boleh mengesahkan suspek adalah remaja," katanya.

Kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah dengan niat hendak mencabul kehormatan.

The Star pada Isnin melaporkan seorang kanak-kanak berusia lapan tahun sentiasa dibuli oleh anak jirannya dan salah seorang daripada mereka didakwa memukul bahagian pinggulnya dengan penyangkut baju pada awal bulan ini.

Kanak-kanak perempuan itu memberitahu ibu bapanya bahawa remaja tersebut menarik seluar sebelum mencabulnya ketika dia bersendirian di rumah.

Pengarah Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional (Pembela) Melaka, Amir Hamzah berkata, mangsa tersebut yang masih trauma mengasingkan dirinya daripada keluarga dan tidak hadir ke sekolah sejak insiden tersebut.



cabul

Artikel Sebelum

Kereta Rasmi Kerajaan Hilang

Artikel Berikut

Artikel Lain